MIRI: Kekayaan sumber minyak dan gas di Sarawak perlu dieksploitasi secara saksama bagi merancak pertumbuhan ekonomi sekali gus memanfaat industri tersebut dalam jangka masa panjang.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pendekatan komoditi utama pernah dilaksana tidak mapan untuk jangka masa panjang dan lama-kelamaan akan menjejaskan industri minyak dan gas itu sendiri.
“Pelaburan dalam projek minyak dan gas serta industri hiliran di negeri ini bukan hanya merancak pertumbuhan ekonomi malah ia turut memanfaatkan industri tersebut di Malaysia.
“Oleh itu, saya menyokong penubuhan Suarah Petroleum Group (SPG) membangunkan industri minyak dan gas dengan cara lebih ekonomik dan holistik sejajar kepentingan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada majlis pelancaran SPG di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Protem Presiden SPG Hamim Yusuf, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datu Liaw Soon Eng, Residen Miri Antonio Kahti Galis, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai dan tetamu jemputan lain.
Awang Tengah juga Menteri Kemudahan Awam menambah, sejak penemuan minyak di Miri 105 tahun lampau, industri minyak dan gas memain peranan cukup besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.
Selain, ASEAN Bintulu Fertiliser (ABF) yang mengeluarkan ammonia dan baja, kebanyakan minyak dan gas yang dieksport dari Sarawak adalah mentah.
“Meskipun Sarawak sekarang merupakan pengeluar utama gas di Malaysia,namun masih ada kawasan belum diekploitasi dan dibangun sepenuhnya, khususnya melibatkan industri hiliran.
“Selain itu, industri minyak dan gas kini turut berhadapan dengan cabaran penuruan harga berterusan di pasaran global sekali gus memberi impak terhadap ekonomi negara,” katanya.
Jelasnya, usaha itu trut membantu mengurangkan pendapatan Sarawak, ekonomi dan peluang pekerjaan dalam sektor ini.
Awang Tengah menambah, baru-baru ini kerajaan meluluskan Huchem dari Korea Selatan untuk pengeluaran bahan kimia.
“Kita berharap lebih banyak aktiviti hiliran dapat dibangunkan di Sarawak termasuk pembinaan komplek petrokimia di Bintulu,” katanya.
Mengenai SPG, Awang Tengah berharap ia dapat menjadi platform kepada anak kelahiran Sarawak yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bekerjasama dan berkongsi pengetahuan untuk bersama-sama kerajaan negeri membangunkan industri ini.
“Saya gembira kerana ahli-ahli SPG ini terdiri daripada jurutera, peguam, perunding, usahawan, kontraktor dan penyedia perkhidmatan dalam industri minyak dan gas.”
“Objektif utama SPG ialah mempromosi industri petroleum sejajar dengan polisi kerajaan negeri untuk melihat lebih ramai anak-anak Sarawak terlibat dalam industri ini.
“Sehubungan itu, penubuhan SPG tepat pada masanya dalam membantu kerajaan negeri mendapat hak untuk masa depan generasi kita,” katanya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2016/03/06/eksploitasi-minyak-gas-bantu-pacu-ekonomi-sarawak/#ixzz4D1rY7fGO
Slider[Style1]
Style2
Style3[OneLeft]
Style3[OneRight]
Style4
Style5
Tagged with: Oil & Gas Issues Slide
About 2win
A retired scholar who previously worked with Petronas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Popular Posts
- Archives
- Categories
Archives
-
▼
2016
(33)
-
▼
June
(15)
- Kapit - The forgotten frontier
- Sarawak O&G industry - A New Beginning
- Bazar Ramadan Lawas
- Drugs ruin Lawas’ reputation as ‘northern gateway’
- SPG to chart O&G downstream road map
- Eksploitasi minyak, gas bantu pacu ekonomi Sarawak
- Group supports state government’s pursuit of recla...
- Waterways- Whispers of Hope
- Managing our own resources
- Masing: Bill Kayong’s killing a heinous crime
- Quantum of Solace
- Awang Tengah: Avoid being individualistic
- Bill Kayong mati ditembak
- Trip to Awat-Awat
- ‘State govt to pursue, safeguard state’s rights’ –...
-
▼
June
(15)
No comments: