ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


ENGKILILI: Upacara tolak bala pembinaan projek jambatan di Rumah Lepang, Sayat di Engkilili bertukar tragedi apabila seorang lelaki cedera di tangan setelah diserang menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Jonathan berkata kejadian berlaku pada Sabtu lalu di tapak pembinaan projek jambatan dekat rumah panjang itu.

Menurutnya, mangsa yang berusia 35 tahun dari rumah panjang tersebut diserang seorang lelaki yang juga dari rumah panjang sama.

“Ketika kejadian kedua-duanya sedang mengikuti upacara tolak bala dan meminum minuman keras,” katanya.

Sementara itu, siasatan polis mendapati suspek berumur 41 tahun dalam keadaan mabuk dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.

Suspek kemudian balik ke rumah dan kembali semula ke tapak pembinaan dengan membawa parang dan terus menyerang mangsa.

James berkata suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan dan mendapat 14 jahitan.

Susulan laporan polis dibuat mangsa pada Sabtu lalu, polis kemudian bertindak menangkap suspek di rumahnya di Rumah Lepang, Sayat.

Suspek kini ditahan reman tiga hari sementara kes disiasat di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam.

About 2win

A retired scholar who previously worked with Petronas.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top